"Tak baik kita menilai seseorang tu kalau kita tak kenal dia..
saya bukan nak menyokong cara dia ni..
Tapi sebenarnya dia tidak pernah berubah pun... dari dulu lagi dia memang minat berfesyen dan memang minat dengan fesyen gothic. Mungkin dulu dia memegang imej berhijab sebab tu orang cakap macam tu sekarang. yang sebenarnya... dia hanya pakai tudung waktu disekolah sahaja... ada kawan media saya. Yang pernah interview : dia dan mak dia pernah cakap pasal ini...
Apa2 pun kita sama2 doa agar dibukakan pintu hati dia untuk menjadi muslimah yang sebenar2nya...
Allah maha mengetahui... Kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang bukan dia shaja... tapi diri kita sendiri pun kita tak tahu apa yang akan jadi untuk masa depan. Masa depan kita adalah Rahsia Allah. dan yang pastinya... Allah sudah punyai rancangan yang teliti untuk setiap hambanya..."
I like this comment, so I decided to post it as a self-reminder...
No comments:
Post a Comment